Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jefri Nichol dipanggil polis, jadi saksi kes pergaduhan

    Pelakon asal Indonesia iaitu Jefri Nichol dilaporkan terlibat dalam sebuah insiden pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan.

    Perkara tersebut disahkan wakil Balai Polis Jakarta Selatan yang memberitahu Jefri telah dipanggil untuk disoal siasat pada Isnin.

    Memetik laporan mStar, bagaimanapun nama pelakon itu kini disebut sebagai saksi kejadian dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

    “Kes masih dalam siasatan. Jefri Nichol sebagai saksi diminta memberi keterangan.

    Namanya masih sebagai saksi yang melihat dan mendengar,” jelas wakil polis.

    Jefri sebelum ini pernah ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan tersebut. – okezone.com

    Jefri dilaporkan hadir ke balai polis dan selesai menjalani sesi soal jawab selama dua jam dengan 20 soalan berkaitan insiden.

    Kejadian berlaku pada 10 September lalu di sebuah tempat makan di daerah Senopati Jakarta Selatan sekitar pukul 2 pagi.

    Mangsa ketika itu dikatakan keluar bersama teman wanitanya dan berlaku sentuhan dengan seorang individu lain.

    Mangsa kemudian bertanya tentang perkara tersebut sebelum kejadian pergaduhan berlaku.

    Pihak polis juga mengesahkan punca kejadian tersebut adalah disebabkan salah faham. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda