Gara-gara membuat pengakuan pernah meniduri 20 orang wanita, pelakon Jefri Nichol hilang tawaran kerja bersama beberapa jenama produk.
Memetik laporan mStar, Jefri, 26, berkata kenyataan yang dibuat menerusi sebuah temu bual podcast itu hanyalah sekadar gurauan dan tidak menyangka ia menjadi bualan hangat warganet.
“Okay, hal itu saya bergurau di podcast, sumpah! Media yang membesarkan isu itu. Saya hilang kerjasama dengan beberapa jenama gara-gara berita itu,” katanya.
Jefri berkongsi perkara itu menerusi perkongsian semula yang dimuat naik oleh pengguna TikTok.
Dalam pada itu, Jefri mengakui semua kenyataan berkenaan wanita yang pernah dibuat sebelum ini hanyalah cerita bohong dan memberitahu dirinya masih lagi teruna.
“Semua yang saya katakan tentang wanita itu adalah bohong, saya masih teruna,” katanya.
Sebelum ini, menerusi sesi temu bual sebuah program berjudul Bocah Bocah Kosong (BBK), Jefri membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita.
Malah tanpa rasa malu, pelakon filem Ali Topan itu turut berkongsi kegiatan seksualnya termasuk mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh dua hari sebelum tampil dalam program berkenaan. – Agensi
