Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jemaah Balai Ibadat Hajah Aminah hadiri Kuliah ‘Nikmat Ibadah’

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 2 Feb – Ahli Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan, semalam, telah mengadakan kuliah bertajuk ‘Nikmat Ibadah’ yang diadakan di balai ibadat berkenaan bagi mempertingkatkan lagi ilmu agama para jemaahnya.

    Kuliah yang dihadiri oleh seramai 40 jemaah itu telah disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Bukit, Haji Mohd Azley bin Haji Mohd Aliuddin yang menekankan para jemaah agar mempertingkatkan amalan dan tanggungjawab mereka sebagai umat Islam.

    Dalam kuliahnya itu juga, beliau menyentuh mengenai rukun-rukun Islam seperti menunaikan sembahyang lima waktu dan puasa yang perlu dilakukan dengan sempurna seperti rukun-rukun yang lain.

    Turut hadir dalam kuliah selepas solat Fardu Maghrib itu ialah Ketua Kampung Long Mayan, Awang Mohd Addy Sofian bin Abdullah dan Imam Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan, Awang Muhd Ghazali bin Muhd Arifin.

    Haji Mohd Azley ketika menyampaikan Kuliah ‘Nikmat Ibadah’.
    Haji Mohd Azley ketika menyampaikan Kuliah ‘Nikmat Ibadah’.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda