RIYADH, 23 Feb – Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam (GACA) mengumumkan bahawa penerbangan-penerbangan Haji bagi musim Haji 2017 akan mula tiba pada 24 Julai bersamaan 1 Zulkaedah dan penerbangan Haji terakhir akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah pada 26 Ogos bersamaan 4 Zulhijjah, menurut Agensi Berita Saudi, kelmarin.
Ia dijangkakan bahawa akan terdapat peningkatan lebih daripada 260,000 jemaah luar tahun ini, berbanding empat tahun sebelumnya disebabkan penarikan balik kuota Haji yang telah dikenakan pada 2013.
Menurut kepada angka Statistik Pihak Berkuasa Am Saudi, sejumlah 1,862,909 jemaah mengerjakan Haji dalam 2016, di mana 1,325,372 jemaah datang dari 169 negara berbanding 537,537 jemaah dalam negeri.
Sebelum ini terdapat pengurangan 20 peratus dalam kuota bagi jemaah asing yang datang dari setiap negara sementara jumlah orang dibenarkan untuk mengerjakan Haji dari Arab Saudi dikurangkan pada 50 peratus bagi memastikan keselamatan para jemaah ketika pembesaran terbesar pada Masjid Besar di Makkah.
![Jemaah Haji dari seluruh negara akan mula tiba di Arab Saudi bermula 24 Julai pada musim Haji tahun ini. - AFP](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/02/B_2402171.jpg)
Sementara itu, GACA menganjurkan satu bengkel dalam memperbaiki perjalanan udara bagi para jemaah di Hotel Hilton Jeddah. Para perwakilan dari beberapa kerajaan dan jabatan-jabatan dan agensi swasta terlibat dalam operasi Haji menghadiri bengkel berkenaan. Ini termasuk emiriah Makkah dan Madinah, Kementerian Haji dan Umrah, lapangan terbang Jeddah dan Madinah, Pihak Berkuasa Pembangunan Makkah, Saudi Arabian Airlines dan hampir kesemua syarikat-syarikat penerbangan yang beroperasi di kerajaan itu.
Ia diumumkan pada bengkel itu bahawa GACA berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat Program Transformasi Nasional dan Visi 2030 yang menyasarkan peningkatan jumlah jemaah Haji kepada 2.5 juta menjelang tahun 2020 dan kepada empat juta pada 2030.
GACA memberikan lesen kepada 58 syarikat penerbangan dari seluruh dunia untuk mengendalikan penerbangan Haji dalam tahun 2016. Syarikat-syarikat penerbangan ini membawa 1,246,660 jemaah luar, daripada jumlah ini 694,171 jemaah mendarat di lapangan terbang Jeddah sementara 551,170 jemaah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Muhammad di Madinah. – Agensi