Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Jemaah umrah Iran berlepas ke Arab Saudi selepas 10 tahun

    TEHRAN, 23 APRIL – Kafilah pertama jemaah umrah Iran memulakan perjalanan mereka ke Tanah Suci Makkah pada kelmarin selepas terhenti selama 10 tahun.

    Majlis pelepasan rasmi jemaah umrah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di ibu negara Iran kelmarin dan dihadiri wakil pemimpin dalam hal ehwal haji dan ziarah Abdolfattah Navvab, Ketua Organisasi Haji dan Ziarah Abbas Hosseini dan Duta Arab Saudi ke Iran  Abdullah bin Saud al-Anzi, lapor Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA).

    Iran akan menghantar jemaah umrah ke Arab Saudi dari 11 lapangan terbang di seluruh negara itu mulai Isnin, kata Mohammad-Hossein Ajilian yang bertanggungjawab ke atas operasi haji dalam syarikat pengurusan lapangan terbang Iran pada Sabtu. 

    Lapangan Terbang Antarabangsa Mashhad juga akan mengendalikan penerbangan seumpama itu pada Isnin dan lapangan terbang di bandar utama termasuk  Zahedan, Ahvaz, Tabriz, Yazd, Kerman, Bandar Abbas, Sari, Isfahan, dan Shiraz, masing-masing akan menyewa khas satu penerbangan pada hari-hari berikutnya.  

    Lapangan terbang Marshad akan mengendalikan penerbangan akhir ke Arab Saudi pada 2 Mei.

    Ajilian berkata sejumlah 5,720 jemaah dijangka berlepas ke Arab Saudi tahun ini. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...