Saturday, March 22, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jenazah bekas hakim besar Sabah dan Sarawak pertama selamat dikebumikan

    KUCHING, 26 JAN – Jenazah bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang pertama Tan Sri Mohamad Jemuri Serjan, 95, yang meninggal dunia pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Jawa, Kuching pada 3 petang ini.

    Van yang membawa jenazah Mohamad Jemuri tiba di tanah perkuburan itu kira-kira 1:50 tengah hari dan urusan pengebumian dilaksanakan dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

    Menurut anak saudaranya, Jumaat Ibrahim, 57, Mohamad Jemuri meninggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Normah di sini kerana sakit tua sekitar 8:30 pagi tadi.

    “Sepatutnya arwah sudah dibenarkan keluar wad semalam tetapi susulan keputusan ujian darah beliau belum diperoleh, doktor menunda hari ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Mohamad Jemuri merupakan Ketua Hakim Borneo kelima dan terakhir dengan jawatan itu disandangnya dari 11 Mac 1991 hingga 23 Jun 1991, sebelum dilantik menjadi Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang pertama pada 24 Jun hingga 9 September 1994. – Bernama

    Jumaat Ibrahim, 57, menyiram air di pusara bapa saudaranya, Allahyarham Tan Sri Mohamad Jemuri Serjan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Jawa, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda