Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jenazah Sheikhul Islam selamat dikebumikan

    SONGKHLA, 23 OKT – Jenazah Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon selamat dikebumikan di perkarangan Masjid Jamek Songkhla (Songkhla Central Mosque) di Hatyai, Songkhla, hari ini.

    Lebih 10,000 jemaah membanjiri Masjid Jamek Songkhla di Hatyai seawal pukul 7 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

    Jenazah Allahyarham yang tiba di Masjid Jamek Songkhla pada 8 pagi (waktu tempatan) dimandikan, dikafankan dan disolatkan.

    Anak sulung Allahyarham, Senator Zaki Phitakkumpon mengimamkan solat jenazah berkenaan. Jenazah dikebumikan di kawasan khas di perkarangan Masjid Jamek Songkhla pada kira-kira pukul 10:30 pagi.

    Menteri Dalam Negeri Anutin Charnvirakul dan Menteri Keadilan Tawee Sodsong antara yang hadir solat jenazah pagi tadi. Presiden Privy Council Jen Surayud Chulanont mewakili Raja Vajiralongkorn turut hadir.

    Sementara itu, solat jenazah ghaib untuk  Allahyarham di Masjid Pusat Negara (National Central Mosque) di Nong Chok, Bangkok, hari ini.

    Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Parnpree Bahiddha-Nukara bersama komuniti Islam Thai menghadiri solat jenazah ghaib itu untuk memperingati sumbangan dan pencapaian besar Allahyarham. 

    Allahyarham Aziz, 76, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada 10:32 pagi. – Bernama

    Jenazah Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon diusung keluar selepas solat jenazah di Masjid Jamek Songkhla di Hatyai, Songkhla pada 23 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...