Monday, October 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun adakan pilihan raya umum

    TOKYO, 27 OKT – Pengundian bagi pilihan raya umum bermula di seluruh Jepun hari ini, ketika Perdana Menteri baharu Shigeru Ishiba, mencari mandat baharu berikutan keraguan terhadap pengurusan dana politik oleh parti pemerintah.

    Parti Demokratik Liberal (LDP) bersama rakan pakatan juniornya, parti Komeito menyasarkan untuk mengekalkan majoriti dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 465 kerusi. Bagaimanapun, tinjauan media menunjukkan mereka berdepan cabaran yang signifikan, lapor agensi berita Kyodo.

    Keputusan akhir pilihan raya dijangka akan diumumkan esok.

    Kira-kira 1,300 calon bersaing merebut 465 kerusi, dengan 289 diperuntukkan kepada kawasan undi tunggal dan 176 melalui perwakilan berkadar.

    Ishiba membubarkan Dewan Perwakilan pada 9 Oktober, hanya lapan hari selepas dilantik dengan berikrar untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap politik serta meneruskan inisiatif dasar utama.

    Perdana Menteri berusia 67 tahun itu komited untuk mengurangkan kesan inflasi terhadap isi rumah, memperkukuh pertahanan Jepun daripada ancaman keselamatan dari negara jiran, serta meningkatkan ekonomi serantau dan kesiapsiagaan bencana. – Bernama

    Orang ramai mengundi semasa pilihan raya umum di pusat mengundi yang ditubuhkan di sebuah sekolah tempatan di Tokyo pada 27 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda