Saturday, April 26, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun umum langkah kecemasan ekonomi bendung kesan tarif AS

    TOKYO, 25 APRIL – Kerajaan Jepun pada Jumaat mengumumkan pakej langkah kecemasan ekonomi bagi menangani kesan negatif tarif lebih tinggi yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, menjelang pusingan kedua rundingan perdagangan dua hala yang dijadualkan minggu depan.

    Menurut Kyodo News, pakej bantuan itu merangkumi lima teras utama, termasuk sokongan pembiayaan korporat dan langkah merangsang penggunaan, dalam usaha meredakan kebimbangan bahawa tarif AS boleh menjejaskan eksport Jepun dan memberi kesan besar kepada ekonomi secara keseluruhan.

    Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Shigeru Ishiba turut berjanji untuk menurunkan harga petrol dan diesel sebanyak 10 yen seliter, menyediakan subsidi bil tenaga serta mempertimbangkan peluasan pinjaman berfaedah rendah kepada syarikat kecil bermula bulan depan. – Bernama

    Perdana Menteri Shigeru Ishiba menghadiri sesi jawatankuasa parlimen di Tokyo pada 21 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda