Oleh Mu’min Karim
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kereta MINI di Negara Brunei Darussalam mengadakan jerayawara MINI Cooper Edisi Brick Lane 5-Pintu selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Membeli-belah OneCity.
Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo berkata, “Kami berasa teruja untuk membawakan pengalaman go-kart MINI khas ke OneCity untuk julung kalinya.
“Model yang kami bawakan kali ini mempamerkan keluasan dan kreativi-ti sebagai simbol jenama MINI. Jika awda mencari keseronokan dalam pemanduan, inilah model yang sesuai,” tambahnya.
Semasa pameran itu, MINI menawarkan kadar faedah istimewa, pengecualian bayaran ansuran sehingga tiga bulan dan pelan nilai tukar-beli yang tinggi.
Setiap pelanggan baharu berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik untuk dimenangi seperti pakej mewarna tingkap, baucar membeli-belah Supa Save bernilai $500, baucar MINI Lifestyle Collection bernilai $300 dan servis MINI percuma atau pakej waranti lanjutan.
