Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jerayawara NDT, RAT kongsi perspektif keselamatan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 23 NOV – Pelajar-pelajar sekolah menengah di Daerah Belait berpeluang untuk menyaksikan secara langsung mengenai kerja yang dilakukan bagi memastikan keselamatan di semua industri di negara ini, semasa Jerayawara Ujian Tanpa Musnah (NDT) dan Teknik Akses Tali (RAT) yang diadakan baru-baru ini di Dewan Serba Guna Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA).

    Jerayawara itu dianjurkan oleh Reliable Services and Solutions (RSSB) Sdn Bhd yang menyumbangkan kepakaran NDT mereka untuk menganjurkan jerayawara itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka dan diketuai oleh Pengarah Urusan, Elmey Julkeply; Pengarah Operasi, Awang Mohamad Azlan bin Haji Tuah dan Pengurus Teknikal, Balakrishnan Chandramohan.

    Seramai 106 pelajar dari SMSA, Sekolah Menengah Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, Sekolah Menengah Perdana Wazir, dan Kolej Anthony Abell menghadiri jerayawara tersebut.

    Semasa jerayawara tersebut Timbalan Pengetua Pentadbiran SMSA, Hajah Mazizan binti Haji Mohammad menyatakan rasa terima kasih kepada syarikat tersebut kerana meluangkan masa dan kepakaran mereka untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka dengan pelajar-pelajar muda yang bercita-cita tinggi.

    Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah memberikan cenderahati kepada Pengarah Urusan RSSB, Elmey Julkeply.

    Balakrishnan Chandramohan menambah bahawa mereka telah mengadakan jerayawara serupa di peringkat institut teknikal, tetapi ini merupakan kali pertama mengadakannya di peringkat menengah.

    Sementara itu, Awang Mohamad Azlan turut berkongsi pengalaman dan perkembangan kerjayanya selama ini dalam bidang NDT bagi membantu memotivasikan pelajar untuk berusaha ke arah bidang NDT.

    Balakrishnan Chandramohan menyampaikan pembentangan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Para pelajar berpeluang untuk menyaksikan kakitangan NDT menggunakan tali untuk keselamatan sewaktu kerja di tempat atau platform yang tinggi semasa jerayawara berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...