Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – GHK Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal kenderaan Mitsubishi di Brunei, menganjurkan Jerayawara Mitsubishi bermula hari ini hingga hujung minggu ini di The Mall, Gadong.
Jerayawara tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai model-model Mitsubishi dan promosi terkininya.
Ia memberikan peluang kepada para pelanggan untuk berhubung dengan konsultan jualan Mitsubishi bagi mengetahui lebih lanjut mengenai model-model Mitsubishi.
Pelanggan akan dapat melihat Xpander Cross yang dilancarkan baru-baru ini di samping Xpander Advance Edition, L200 Sportero, Attrage Advance Edition, Pajero Sport dan Eclipse Cross.
Di samping itu, pelanggan yang membeli mana-mana model Mitsubishi sepanjang Mac hingga Mei akan berkelayakan untuk mengikuti Cabutan Bertuah Promosi Ganjaran Raya GHK.
