BELAIT, 23 JULAI – Bagi memberigakan mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) pengambilan ke-11, jerayawara mengenainya diadakan di KB Sentral, Belait bermula hari ini hingga 25 Julai.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, jerayawara tahunan berkenaan bertujuan untuk memberigakan PKBN kepada penduduk di Daerah Belait dan membuka sesi pendaftaran serta mengambil borang PKBN bagi pengambilan ke-11.
Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada penduduk di daerah ini yang ingin bertanya dan mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan.
Kenyataan menyatakan, dengan adanya jerayawara berkenaan, belia-belia di Daerah Belait dihasratkan untuk mengambil peluang tersebut dengan berkunjung ke jerayawara bagi sesi pendaftaran dan mengambil borang PKBN pengambilan ke-11 yang akan dijalankan pada 28 November 2021 hingga 10 Mac 2022.