Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Jerebu: Kualiti udara di tahap baik

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Keadaan jerebu di keempat-empat daerah berkurang setakat ini apabila bacaan indeks pencemaran udara (PSI) di paras baik berbanding semalam.

    Menerusi laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTre), catatan PSI yang diperolehi setakat jam 4 petang hari ini menunjukkan kualiti udara di semua daerah menunjukkan tahap baik, di bawah paras 50 iaitu bagi Daerah Brunei Muara dan Belait mencatatkan paras 30, Tutong, 25 dan Temburong, 14.

    Bacaan PSI kurang daripada 50 menunjukkan keadaan kualiti udara ‘Baik’, manakala bacaan PSI di antara 50 dan 100 adalah di paras ‘Sederhana’.

    Kelmarin, kualiti udara dilihat berjerebu sejak dua hari lalu dengan jarak penglihatan mendatar antara 5 ke 7km telah direkodkan di Stesen Pencerapan Cuaca di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Keadaan tersebut disebabkan oleh jerebu rentas sempadan yang bertiup ke negara ini oleh aliran angin berterusan yang bertiup dari arah timur laut.

    Meskipun kualiti udara yang dicatatkan di semua stesen pemantauan kualiti udara (jirim zarah 10) di keempat-empat daerah, kelmarin, adalah tinggi berbanding dengan hari-hari biasa, namun kualiti udara negara ini keseluruhannya di tahap baik.

    Bacaan indeks pencemaran (PSI) kelmarin dicatatkan seperti berikut: Daerah Brunei Muara 37, Daerah Belait 42, Daerah Temburong 27, dan Daerah Tutong 38.

    Orang ramai akan terus dimaklumkan mengenai kualiti udara melalui stesen-stesen radio RTB dan laman web jabatan.

    Dalam pada itu, orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan terjadinya kebakaran belukar dan hutan.

    Pemandangan di sekitar ibu negara berjerebu tetapi masih berada di tahap baik dengan bacaan PSI di bawah 50.
    Pemandangan di sekitar ibu negara berjerebu tetapi masih berada di tahap baik dengan bacaan PSI di bawah 50.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...