Selebriti Indonesia, Jessica Iskandar berani berkongsi kepada umum bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan.
Jessica, 35, mendedahkan membuat pembedahan di bahagian hidung kerana ia sedikit senget sebelum ini.
Katanya, pembedahan tersebut mendapat restu daripada suami dan juga keluarganya.
“Setelah mendapat pertimbangan dan restu suami serta orang tua, saya akhirnya gagahkan juga untuk memperbaiki rongga hidung yang senget dengan pembedahan plastik di Korea,” katanya.
Jessica berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya yang turut memaparkan dia bersama doktor yang merawatnya di negara Kpop itu.
Dalam pada itu, Jessica juga memberitahu bahawa dia awalnya sedikit gementar sebelum teruja apabila melihat hidungnya kini kelihatan lebih normal.
“Gementar tetapi teruja! Salepas melihat lokasi klinik dan doktor yang profesional membuat bertambah yakin,” ujarnya.
Bagaimanapun, pendedahan Jesscia itu dikecam warganet gara-gara selebriti berkenaan mengaku tidak mampu bayaran ansuran selepas terjebak kes penipuan. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/04/P18-553_15042023.jpg)