Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Jet peribadi Rusia terhempas di Afghanistan

    ISLAMABAD, 21 JAN – Sebuah jet peribadi Rusia yang membawa enam orang dipercayai terhempas di kawasan terpencil di luar bandar Afghanistan, kata pihak berkuasa hari ini.
     
    Nahas tersebut berlaku kelmarin di kawasan pergunungan berhampiran daerah Zebak di wilayah Badakhshan, kata jurucakap wilayah, Zabihullah Amiri, sambil menambah pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan itu. 
     
    Zebak terletak kira-kira 250 kilometer di timur laut ibu kota Afghanistan, Kabul, sebuah kawasan luar bandar, pergunungan, tempat tinggal kepada hanya beberapa ribu penduduk.
     
    Pejabat ketua polis Badakhshan turut mengesahkan laporan nahas itu dalam satu kenyataan.
     
    Di Moscow, pihak berkuasa penerbangan awam Rusia berkata Dassault Falcon 10 hilang dengan empat anak kapal dan dua penumpang. 
     
    Gambar AFP
    Pesawat berdaftar Rusia itu ‘berhenti berkomunikasi dan hilang daripada skrin radar,’ kata pihak berkuasa.
     
    Ia mengatakan penerbangan itu bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa U-Tapao–Rayong–Pattaya Thailand.
     
    Pesawat itu telah beroperasi sebagai pe-nerbangan ambulans sewa dalam laluan dari Gaya, India, ke Tashkent, Uzbekistan, sete-rusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zhukovsky di Moscow.
     
    Pegawai Rusia berkata pesawat itu milik Athletic Group LLC dan individu persendirian. The Associated Press tidak dapat menghubu-ngi pemiliknya. Mereka juga berkata Falcon 10 yang terlibat dalam nahas itu telah dibina pada 1978.
     
    Kenyataan berasingan Taliban daripada Abdul Wahid Rayan, jurucakap Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Taliban, menyifatkan pesawat itu sebagai ‘milik syarikat Maghribi’. 
     
    Pegawai penerbangan awam India juga menyifatkan pesawat itu sebagai berdaftar Maghribi. 
     
    Percanggahan itu tidak dapat dijelaskan dengan segera.
     
    Rayan menyalahkan ‘masalah enjin’ sebagai punca nahas itu, tanpa mengulas lanjut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...