Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    10 ditahan, 1.4 juta tablet perangsang dirampas

    YANGON, 21 JAN – Polis anti-narkotik Myanmar telah menahan 10 suspek kerana mengedar lebih 1.4 juta pil perangsang di Perbandaran Mayangone Wilayah Yangon, menurut Jawatankuasa Pusat Penyalahgunaan dan Kawalan Dadah (CCDAC) pada Jumaat lalu.

    Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak polis telah berjaya memintas sebuah kenderaan di perbandaran Mayangone pada 7 Januari, merampas 500,000 pil perangsang dan menahan lapan suspek. Selain itu, polis turut merampas 390,000 tablet perangsang dari rumah salah seorang suspek yang ditahan di perbandaran yang sama, kata CCDAC.

    Susulan siasatan, polis turut menahan seorang lagi suspek, bersama 600,000 pil perangsang di perbandaran yang sama pada hari yang sama, katanya.

    Tablet perangsang yang dirampas bernilai lebih AS$709,523, kata CCDAC.

    Seorang suspek tambahan berhubung rampasan dadah itu turut ditahan di Perbandaran Thingangyun, kata CCDAC.

    Suspek didakwa mengikut Undang-undang Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik di negara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...