Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jiggy tidak sanggup berjauhan dengan Dhabitah

    Pasangan sama cantik sama padan, selebriti Jiggy Masin dan atlet terjun Malaysia, Nur Dhabitah Sabri sekali lagi menjadi tumpuan ramai.

    Menerusi perkongsian dalam Instagram Hot FM, Jiggy dan Nur Dhabitah ditemu bual oleh penyampai radio menerusi segmen Bekpes Hot, baru-baru ini.

    Dalam temu bual itu, penyampai radio AG bertanyakan Jiggy berapa bulankah akan ditinggalkan Nur Dhabitah untuk persiapan menjelang sukan Olimpik di Paris pada 2024.

    “Haa ni Jiggy Olimpik dah dekat juga ni, so berapa bulan pula kena tinggal?

    “Berapa bulan Bitah?,” soal AG.

    Jawab Jiggy, dia cuma memaklumkan lebih kurang dua bulan akan ditinggalkan isterinya untuk latihan di luar negara.

    Malah, Jiggy juga tidak tahu berapa lamakah Nur Dhabitah akan membuat latihan di luar negara untuk sukan Olimpik di Paris kelak.

    “Tak tahu kalau campur, kalau kata dia kena ke China lagi untuk training selalunya dua bulan.

    “Dua tiga bulan akan pergi training dulu macam yang recently dia pergi 45 hari. Kemudian, hadiri acara selama tiga empat hari.

    “Asian Games ni lagi lama berbanding World Champ. Jadi untuk Olimpik di Paris kita tak tahu berapa lama,” ujar Jiggy. – Agensi

    Jiggy berkata bukan mudah berjauhan dengan isteri, mahu ikut pergi latihan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...