Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jimin BTS dinobat King of K-Pop 2019

    Anggota kumpulan BTS iaitu Jimin diumumkan sebagai King Of K-Pop 2019 hasil undian peminat di laman King Choice.

    Menurut laporan Allkpop, Jimin menduduki tangga pertama setelah menerima sebanyak 1,275,292 undian daripada peminat seluruh dunia. Ia menewaskan penyanyi Kang Daniel yang sekadar meraih tempat kedua.

    King Choice merupakan laman sesawang yang melakukan undian awam mengenai industri hiburan dunia. Undian untuk Kategori King Of K-Pop 2019 ditutup pada 15 Ogos lalu. Selain Jimin, anggota kumpulan yang lain seperti Kim Taehyung (V) menduduki tangga ketiga, diikuti Jungkook tempat keempat dan RM di posisi kelima.

    Terdahulu Jimin menyertai Big Hit Entertainment pada 2012 dan muncul dengan single pertama bersama anggota yang lain pada 2013.

    Jimin pernah berada dalam kelompok 100 lelaki kacak dunia anjuran TC Candler’s pada tahun 2017 dan 2018. Dia turut memenangi Top K-Kpop Artist Individual di Peeper x Billboard Award. – Agensi

    Menurut laporan Allkpop, Jimin menduduki tangga pertama setelah menerima sebanyak 1,275,292 undian daripada peminat seluruh dunia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda