Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jin BTS tamat latihan ketenteraan 12 Jun

    Penyanyi Jin BTS akan memberikan pelukan percuma kepada 1,000 peminat bertuah bersempena dia menamatkan latihan ketenteraan pada 12 Jun ini, lapor mStar.

    Jin atau Kim Seok Jin, 31, akan melakukan perkara itu dalam sebuah acara bersama peminat sebagai tanda terima kasih dan penghargaan sokongan peminat sepanjang dua tahun dia menjalani latihan di dalam kem tentera.

    Syarikat pengurusan Jin iaitu BigHit Music memberitahu Festa 2024 itu bakal diadakan di Kompleks Sukan Jamsil Seoul yang mana penyanyi itu turut meraikan ulang tahun ke-11 BTS.

    Selain bertemu peminat, terdapat juga segmen Jin akan membuat kejutan dengan melakukan aktiviti yang menampakkan sisi berbezanya.

    Bagi peminat yang tidak dapat menghadiri program tersebut, program itu juga akan disiarkan secara langsung di platform Weverse.

    Malah festival selama dua minggu itu menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan termasuk tayangan konsert BTS, mesej video ucapan daripada enam anggota lain kumpulan itu dan sebagainya.

    Jin adalah anggota BTS pertama yang menyertai latihan ketenteraan pada Disember 2022.

    Enam lagi anggotanya iaitu J-Hope, Suga, RM, V, Jimin dan Jungkook masih lagi dalam latihan dan akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. – Agensi

    Peminat tak sabar tunggu kepulangan Jin. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda