Wednesday, September 18, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    JIS catat keputusan IGCSE terbaik dalam sejarah sekolah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) hari ini mengumumkan pencapaian cemerlang pelajar Tahun 11 yang menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) bagi sesi Jun 2024, dengan keputusan terbaik dalam sejarah sekolah tersebut.

    Pengarah Eksekutif JIS, Nicholas Sheehan, dalam kenyataannya melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian luar biasa para pelajar berkenaan. “Kami amat berbangga dengan prestasi pelajar Tahun 11 kami yang menunjukkan usaha gigih dalam peperiksaan IGCSE.

    Kami teruja untuk menyaksikan mereka terus cemerlang dalam perjalanan akademik masing-masing. Tahniah kepada semua pelajar atas kejayaan mereka yang membanggakan,” katanya.

    Menurut kenyataan JIS, sebanyak 58 peratus daripada keseluruhan gred yang diperoleh oleh pelajar adalah A* atau A (Tahap 9-7), manakala 96 peratus pelajar berjaya memperoleh gred antara A* hingga C (Tahap 9-4).

    Pelajar yang mencatat keputusan tertinggi ialah Dhanushan Chinniah, dengan pencapaian cemerlang 12 gred A*/A bagi semua subjek yang diambil, manakala Jovan Tang memperoleh 11 gred A*/A.

    Lima pelajar lain turut mencatat keputusan 10 gred A*/A, iaitu Sai Ananya, Isaac Chang, Isla Hallam, Mintong Li dan Chloe Yung.

    Selain itu, 10 pelajar lain berjaya memperoleh 9 gred A*/A, termasuk Soubhik Bandyopadhyay, Dayang Rahmah binti Isa, Dayangku Jaydenne Sofie binti Pengiran Jaysen, Shin Khant Lin, Sara Ng, Jaey On, Bertie Scott, Toby Stevens, Lynn Tan dan Claudie Teo.

    Seramai 12 pelajar lagi mencatat 8 gred A*/A, antaranya ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Cherin Chikh-Ali, Imane Er-Rrahmani, Awang Ayden Zahari bin Abdul Hakeem, Marissa Koh, Nigel Lim, Dayang Syasya Ilyana Kiasatina binti Mohd Adnan, Spandita Nayak, Camilia Ong, Awangku Abdul Hadi Raiyan bin Pengiran Dato Paduka Osman, Duncan Schuller dan Grace Taylor.

    Sementara itu, 15 pelajar berjaya memperoleh 7 gred A*/A termasuk Dominic Christian, Awang Abdul Mateen El-Waliy bin Fakhruddin, Amber Goh, Awang Mohd Ilyas bin Haji Ilham Rohaidi, Dayang Aleya Zafirah biniti Haji Ismadi, Clare Lee, Ashley Lim, Dayang Maryam Safwa binti Mazini, Matthew McCambridge, Dayang Alisha Dhaniyah binti Mohd Azmi Yusran, Awang Mohd Al Hakeem bin Haji Mohd Sahraini, Awang Muhd Danish Luqman Saidin Hidayat, Ian Sia, Travis Tan dan Mihikaa Vijay Shankar.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan bergambar ramai bersama para pelajar yang diraikan. – GAMBAR SERAHAN JIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda