Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Joe Jonas dan isteri berpisah

    Penyanyi Joe Jonas dilaporkan sudah berpisah dengan isteri iaitu Sophie Turner selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

    Menurut petikan dalam mStar, Joe juga dikatakan sudah mengupah pasukan peguam bagi membantu menguruskan urusan penceraiannya dengan Sophie.

    Lebih menguatkan berita tersebut, Joe, 34, juga dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinannya ketika keluar di khalayak ramai.

    Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan perkahwinan pasangan itu sudah bermasalah sejak enam bulan lalu dan akhirnya memutuskan untuk bercerai.

    Bagaimanapun, pasangan itu kali terakhir dilihat menghadiri beberapa acara bersama beberapa minggu lalu.

    Dalam pada itu, Joe dan Sophie juga dikatakan bakal menjual kediaman mewah mereka yang terletak di Miami meskipun baru membelinya tahun lalu.

    Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Willa, 3 dan seorang lagi anak yang tidak didedahkan identitinya tahun lalu. – Agensi

    Perkahwinan Joe dan Sophie hanya bertahan empat tahun. – Hello Magazine
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...