Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Johnny Depp berdepan dengan saman

    BEKAS pengurus perniagaan Johnny Depp mengambil pendirian untuk mengemukakan saman balas terhadap pelakon berkenaan.

    Syarikat The Management Group (TMG) memfailkan tuntutan balas itu bagi menuntut lebih daripada $560,000 berhubung komisen yang belum dibayar dan caj kad kredit.

    Pada masa yang sama, syarikat itu turut bertindak menjawab tuduhan Depp bahawa mereka gagal menguruskan urusan perniagaannya.

    “TMG melakukan segala yang termampu dalam tempoh 17 tahun yang lalu untuk melindungi Depp daripada dirinya sendiri dan menjaga kewangan Depp.

    “Walau bagaimanapun akhirnya TMG tidak mempunyai kuasa atau keupayaan untuk mengawal perbelanjaan Depp atau sikap borosnya mahupun memaksa Depp membuat keputusan kewangan yang bijak,” demikian menurut tuntutan balas itu.

    m19 c_040217

    Dalam dokumen mahkamah yang diperolehi E! News, syarikat The Mandel Company juga menyenaraikan beberapa perbelanjaan pelakon filem Pirates of the Caribbean itu termasuk penggunaan berterusan pesawat peribadi berjumlah $200,000 sebulan dalam perbelanjaannya.

    Pelakon berusia 53 tahun itu juga didakwa menggajikan kira-kira 40 pekerja sepenuh masa di seluruh dunia, yang menelan belanja sekurang-kurangnya $300,000 sebulan.

    Dia juga menghabiskan $30,000 setiap bulan bagi membeli minuman keras ternama yang diterbangkan kepadanya dari seluruh dunia.

    Awal bulan ini, pasukan Depp memfailkan saman sebanyak $25 juta terhadap pengurus perniagaannya atas kesalahan penipuan, salah tafsiran kecuaian dan melanggar kewajipan fidusiari (niaga).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda