Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jom sertai Kajian Pengurusan Diabetes

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai Kajian Pengurusan Diabetes bagi membantu Kementerian Kesihatan menilai keberkesanan strategi-strategi dan program-program kesihatan yang disediakan di negara ini, khususnya berkenaan penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes.

    Seramai 180 orang peserta disasarkan untuk menyertai Kajian Pengurusan Diabetes bagi membantu individu yang menghidap diabetes jenis 2 dalam penjagaan diabetes masing-masing.

    Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, semasa Sidang Media Norma Baharu COVID-19 Negara Brunei Darussalam hari ini, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Kajian tersebut merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan dan EVYD Technologies yang telah bermula sejak April 2022 sehingga penghujung bulan ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, objektif kajian itu diadakan adalah bagi menilai keberkesanan kaedah-kaedah pengawalan secara digital dalam penjagaan diabetes.

    “Orang ramai yang berminat dan didapati memenuhi kriteria-kriteria bagi kajian ini akan seterusnya dijemput untuk menyertai kaji selidik berkenaan,” tambah beliau.

    Menurut Yang Berhormat Dato, peserta kajian akan menerima pemantauan kesihatan yang meluas dan menyeluruh daripada jurulatih kesihatan profesional dan pakar pemakanan, pelan pengurusan tahap gula darah yang bersesuaian dan penjejak kecergasan pintar.

    Orang ramai yang berminat untuk menyertai kajian berkenaan boleh memohon melalui aplikasi BruHealth atau menghantar e-mel kepada diabetesstudybn@gmail.com atau menghubungi talian 7217047 dan 7217057.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...