Wednesday, September 18, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jordan atasi Palestin dalam kelayakan Piala Dunia 2026

    KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Finalis Piala Asia 2023, Jordan mencatat kemenangan sulung dalam kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Palestin 3-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin.

    Penyerang Yazan Al-Naimat muncul wira skuad The Chivalrous Ones itu selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua sementara gol tunggal Palestin dijaringkan penyerang Wessam Abouli ketika permainan menghampiri waktu rehat.

    Jaringan pemain tengah Selangor FC, Noor Al-Deen Al Rawabdeh di pertengahan babak kedua melengkapkan kemenangan Jordan yang dibimbing Jamal Sellami.

    Palestin di ranking ke-96 dunia, mengalami kekalahan pertama selepas memulakan saingan kelayakan dengan cemerlang apabila mencuri satu mata ketika mengikat Korea Selatan 0-0 di Seoul minggu lepas.

    Terdahulu, pada perlawanan malam kelmarin gerakan solo Al-Naimat membuahkan hasil yang disudahkan dengan rembatan kaki kanan menerjah kanan gawang pada minit kelima untuk gol pertama Jordan.

    Palestin menyamakan kedudukan empat minit sebelum separuh masa pertama apabila hantaran lintang dari sebelah kiri Camilio Saldana disempurnakan Abouli yang melepaskan tandukan padu. – Bernama

    Aksi Pemain Palestin Oday Dabbagh (kanan) cuba mengawal pergerakan pemain Jordan Yazan Alarab (kiri) pada saingan pusingan ketiga Kumpulan B bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 Palestin menentang Jordan di Stadium KLFA, Cheras. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda