Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Joseph Schooling bersara dari sukan renang

    SINGAPURA, 2 APRIL – Satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Singapura, Joseph Schooling telah mengumumkan persaraan beliau daripada sukan renang kompetitif pada hari ini.

    Schooling yang mencipta sejarah untuk republik itu dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu semasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kerjayanya.

    “Saya sentiasa bersyukur untuk setiap pengalaman yang telah dibawa dalam sukan renang dalam hidup saya. Kemenangan itu mengujakan, kekalahan mengecewakan dan semua itu telah membentuk ketahanan dalam diri saya yang akan saya bawa ke bab seterusnya,” katanya dalam hantaran di Facebook pada hari ini.

    Schooling berkata beliau tidak sabar untuk meneroka minat baharu dan menghadapi cabaran baharu dalam fasa seterusnya dalam hidup beliau.

    “Terima kasih kepada penyokong saya kerana menyokong saya pada setiap langkah. Saya harap anda akan menyertai saya ketika saya memulakan pengembaraan baharu ini,” katanya. – Bernama

    Joseph Schooling dari Singapura mempamerkan pingat emasnya dalam upacara pingat kupu-kupu 100 meter lelaki semasa pertandingan renang di Sukan Olimpik Musim Panas 2016, pada 12 Ogos 2016, di Rio de Janeiro, Brazil. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...