Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    JPCC, Qing Yun Resthouse tandatangani perjanjian kerjasama

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JPCC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC) dan Qing Yun Resthouse telah menandatangani perjanjian kerjasama pada 5 Mei lalu yang memberikan tawaran istimewa kepada pelanggan Qing Yun Resthouse yang menginap di sana.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPCC, hadir bagi mewakili JPCC dalam menandatangani perjanjian tersebut ialah Pengurus Besar JPCC, Hajah Siti Norzalena POKLRDSLJ Haji Awang Abdul Rahman dengan saksi, Pemangku Pengurus Acara, Pemasaran dan Jualan, Evy Vaizura Haji Abdul Raup dan mewakili Qing Yun Resthouse ialah Pengurus Qing Yun Resthouse, Chieng Chiew Cham dengan saksi, Penolong Pengurus Qing Yun Resthouse, Wong Chai Ying.

    Semasa acara tersebut, Evy Vaizura berharap kerjasama antara kedua-dua syarikat akan meningkatkan jumlah pelanggan bagi kedua-dua belah pihak dan memberikan lebih banyak peluang untuk berkembang lagi.

    Qing Yun Resthouse di Airport Mall juga mendapat perhatian kerana taman permainan air mini yang baru dilancarkan dan harga yang berpatutan.

    JPCC melihat peluang ini untuk bekerjasama dengan Qing Yun Resthouse bagi mengembangkan lagi perniagaan di antara kedua-dua syarikat.

    Hajah Siti Norzalena dan Chieng Chiew Cham semasa menandatangani perjanjian berkenaan.
    Hajah Siti Norzalena dan Chieng Chiew Cham bersama wakil JPCC serta wakil Qing Yun Resthouse bergambar ramai selesai acara penandatanganan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...