Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC anjur rumah terbuka TBC

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Bagi mengeratkan hubungan bersama para pelanggan, Gleneagles Jerudong Park Medical Centre Sdn Bhd (JPMC) telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina (TBC), hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Restoran Emperor’s Court itu turut dihadiri oleh orang-orang kenamaan dan tetamu khas.

    Antara yang hadir ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil dari kedutaan serta pegawai-pegawai dan kakitangan JPMC.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan Ketua Pegawai Eksekutif JPMC, Dr Peter Tay bersama tetamu khas yang lain pada majlis tersebut turut berkesudian menggaul Yee Sang sebagai tradisi masyarakat Cina untuk meraih tuah serta kemakmuran dalam segenap bidang yang diceburi.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersama tetamu khas yang lain semasa menggaul Yee Sang pada majlis tersebut.

    Antara tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda