Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC lancar sistem GLP TLA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) melakarkan satu mercu tanda penting bagi pusat itu apabila menjadi makmal ketiga yang mempunyai Sistem Abbott GLP Total Laboratory Automation (TLA) sendiri di rantau Asia Tenggara, yang menawarkan lebih banyak fleksibiliti dan pilihan untuk memenuhi permintaan operasi yang bertambah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPMC, di sini, hari ini, pelancaran bagi sistem GLP TLA yang inovaif berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar selaku pengarah eksekutif JPMC di Makmal JPMC, Tingkat 1, hari ini.

    Kenyataan menyatakan bahawa majlis turut dihadiri oleh pihak pengurusan kanan dan ketua-ketua jabatan.

    Majlis dimulakan bacaan doa yang dipimpin oleh Pegawai Ugama, Haji Ishkandar bin Haji Buntar dan diteruskan dengan lawatan untuk menyaksikan operasi Sistem GLP TLA.

    Sistem GLP TLA menggunakan sistem trek penghantaran sampel automatik dengan kemampuan penghantaran kira-kira 900 sampel sejam dari mula hingga akhir.

    Ketua Jabatan Makmal JPMC, Dr Haji Mohammad bin Haji Kassim berkata bahawa proses automatik itu akan mengurangkan masa pusing ganti, yang memberikan manfaat kepada pengurusan pesakit, khususnya dalam unit penjagaan kritikal.

    Ia juga mempunyai ciri yang meminimumkan kontak dengan sampel darah pesakit bagi memastikan keselamatan petugas.

    Sistem itu juga memaksimumkan kecekapan dengan mempunyai pengurusan sampel yang konsisten untuk memastikan perkhidmatan makmal yang lebih baik dan pantas, tambah beliau.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan memasukkan sampel ke dalam sistem GLP TLA yang baru dilancarkan berkenaan. – Gambar serahan JPMC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda