Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    JPMC perkenalkan Piagam Pesakit baharu

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV- Jerudong Park Medical Centre (JPMC) memperingati Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023 dengan memperkenalkan Piagam Pesakit baharunya yang telah disemak yang mengesahkan semula dedikasinya kepada keselamatan dan penjagaan berpaksikan pesakit.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPMC, di sini, hadir di majlis yang berlangsung di Pantai Jerudong Specialist Centre ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi dan Pengarah Eksekutif JPMC bersama-sama dengan perwakilan pesakit, pengurusan kanan, ketua-ketua jabatan, hubungan kualiti dan kakitangan.

    Dalam kata alu-aluannya, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham mene-kankan signifikan Piagam Pesakit yang baru itu di mana ia adalah selaras dengan tema Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2023, Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu Engaging Patients for Patient Safety.

    Beliau juga menekankan kepentingan untuk melibatkan klien dan pesakit dalam proses semakan dan menekankan peranan penting yang dimainkan mereka dalam membentuk perjalanan penjagaan kesihatan.

    Sementara itu, Pengurus Pengurusan Kualiti dan Maklumat Kesihatan JPMC, Jeffry Damit me-nerangkan mengenai perjalanan untuk melibatkan pesakit dalam semakan Piagam Pesakit berkenaan.

    Sumbangan berharga daripada lapan wakil pesakit yang mewakili pelbagai perspektif, memberikan pandangan serta cadangan berdasarkan kepada pengalaman mereka juga
    dihargai.

    Majlis itu merupakan sebuah platform bagi meraikan komitmen JPMC kepada keselamatan pesakit dan sambutan jubli perak ke-25. Wakil-wakil pesakit turut mengongsi pengalaman positif mereka dengan perkhidmatan JPMC, memuji dedikasi hospital berkenaan dalam menyediakan penjagaan berkualiti tinggi.

    Pelancaran Piagam Pesakit baharu itu menandakan satu mercu tanda signifikan dalam komitmen berterusan JPMC kepada keselamatan dan penjagaan berpaksikan pesakit.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan ucapan alu-aluannya semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JPMC
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham dan para jemputan bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JPMC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...