Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan buah nipah curi perhatian

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Kemeriahan sambutan perayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke 71 di daerah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

    Seperti lazimnya di perayaan ini pastinya jualan makanan dan minuman sudah tidak asing lagi dengan pelbagai jenis menu baru diperkenalkan dan dipelbagaikan dengan menampilkan imej masing-masing.

    Dalam tinjauan media ke gerai perayaan yang terletak di kawasan Jalan McArthur ke jalan berhadapan dengan Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di ibu negara hari ini, pastinya jualan ‘sotong tutuk’ menjadi pilihan peniaga setiap adanya perayaan.

    Namun pada perayaan tahun ini, apa yang menarik perhatian pengunjung dan pelancong di gerai perayaan di sana adalah timbunan buah nipah yang belum dikupas menimbulkan perasaan ingin tahu kepada pengunjung.

    Awang Mohd Aziz ketika berjaja pada malam perayaan di Bandar Seri Begawan.
    Awang Mohd Aziz ketika berjaja pada malam perayaan di Bandar Seri Begawan.
    Buah nipah yang sudah siap diasingkan dari kulitnya.
    Buah nipah yang sudah siap diasingkan dari kulitnya.

    Penjual buah nipah, Awang Mohd Aziz bin Dullah, 54, semasa ditemui di gerai perayaan itu menjelaskan, beliau memilih untuk menjual buah nipah untuk membuat kelainan dari yang lain.

    Menurut beliau, penjualan itu bukan sahaja untuk meraih rezeki malah untuk memberi peluang kepada orang ramai terutama kepada generasi muda yang tidak mengetahui akan buah berkenaan.

    Beliau yang juga merupakan kakitangan kerajaan menjelaskan keistimewaan buah ini, di mana menurutnya, buah ini hanya akan sesuai untuk dipetik mengikut musim iaitu pada bulan Ogos hingga Disember dan ia diperoleh di kawasan tebing sungai Kampung Menunggol.

    “Selain menjual buah nipah pada waktu perayaan, buah nipah ini juga akan dijual pada setiap Jumaat dan Ahad di Tamu Kianggeh,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda