Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jualan kereta China catat peningkatan

    BEIJING, 8 NOV – Jualan kereta penumpang meningkat 10.2 peratus pada Oktober berbanding tahun sebelumnya, kata persatuan industri hari ini, apabila pengeluar meningkatkan promosi dan pelanggan memilih kenderaan elektrik dan hibrid.

    Jualan kenderaan elektrik dan hibrid meningkat 37.5 peratus daripada tahun sebelumnya, menyumbang 767,000 daripada 2.03 juta kenderaan yang dijual pada Oktober, menurut Persatuan Kereta Penumpang China.

    Eksport kereta penumpang melonjak hampir 50 peratus kepada 391,000 unit pada bulan Oktober dan telah meningkat 66 peratus tahun ini, kepada hanya lebih 3 juta unit.

    Peningkatan yang kukuh ini sebahagiannya mencerminkan pertumbuhan perlahan tahun sebelumnya, ketika China berdepan dengan penutupan kilang dan gangguan lain akibat pandemik COVID-19. Permintaan untuk kenderaan juga cenderung lebih kukuh pada September dan Oktober, yang digelar ‘sembilan perak dan 10 emas’, kata laporan itu. – AP

    Pandangan udara bagi kereta penumpang baharu dilihat di pusat logistik Changan Auto di Chongqing, barat daya China pada 15 Oktober lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...