Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jualan terhad Limau Wogan Cina

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 DIS – Persatuan Satu Jalur Satu Laluan Brunei-China dengan kerjasama Persatuan Perusahaan Cina Brunei akan mengadakan Sambutan Hari China pada 16 hingga 18 Disember ini di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Sempena acara berkenaan, persatuan berkenaan akan memperkenalkan produk Limau Wogan pada harga promosi bagi memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

    Jualan Limau Wogan adalah terhad di mana setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli satu kotak setiap seorang.

    Setiap kotak mengandungi sebanyak 24 biji limau iaitu 5kg Limau Wogan dan promosi berkenaan akan berlangsung sepanjang acara pada waktu-waktu tertentu.

    Pada masa yang sama, sepapan 30 biji telur segar akan dijual pada harga istimewa, dan setiap pelanggan terhad kepada sepapan telur, sementara stok masih ada.

    Produk Limau Wogan yang diperkenalkan bagi memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...