Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jumlah beruang perang terancam terus meningkat di Perancis

    TOULOUSE, 2 APRIL – Populasi beruang perang di pergunungan Pyrenees, yang telah diancam kepupusan terus meningkat, kata pihak berkuasa Perancis hari ini.

    Beruang hampir pupus di Pyrenees apabila Perancis memulakan program pengenalan semula pada 1990an, dengan mengimportnya dari Slovenia.

    Aktivis melihat beruang sebagai penting untuk memelihara ekosistem gunung yang terancam oleh aktiviti manusia dan perubahan iklim.

    Tetapi kehadiran beruang di banjaran gunung yang teletak di sempadan Perancis dan Sepanyol telah menyebabkan ketegangan yang meningkat dalam kalangan petani disebabkan ancaman yang ditimbulkan kepada haiwan ternakan mereka.

    “Dengan 83 ekor beruang minimum dikesan pada 2023, saiz populasi beruang perang secara beransur-ansur terus meningkat di Pyrenees,” kata agensi Biodiversiti Perancis (OFB).

    Sebagai perbandingan, terdapat 76 ekor beruang di seluruh rantau ini tahun 2022.

    Kehadiran omnivor itu juga telah diperhatikan di Andorra dan di bahagian Sepanyol di Pyrenees, di kawasan Catalonia, Aragon dan Navarre.

    Angka tersebut adalah berdasarkan data yang dikumpul oleh Rangkaian Beruang Perang, merangkumi kakitangan OFB dan persatuan pakar. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...