Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Jumlah insiden pada 2023 di stesen minyak menunjukkan penambahbaikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Di sepanjang 2022, terdapat 43 insiden keselamatan yang dilaporkan berlaku di stesen minyak di Negara Brunei Darussalam dan jumlah insiden pada 2023 menunjukkan penambahbaikan.

    “Walau bagaimanapun, kita tidak boleh leka mengenainya kerana insiden-insiden seperti serangan atau agresi terhadap pekerja, nozzle minyak tercabut dan ketidakpatuhan kepada Fuel Directive masih berlaku di stesen-stesen minyak.”

    “Jadinya adalah penting bagi pihak BSM untuk terus mengadakan kempen seperti ini dengan harapan agar insiden-insiden seperti yang saya katakan tadi tidak akan berlaku lagi.”

    Seruan itu dibuat oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha dalam ucapannya di Majlis Perasmian Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat dan Hari Perkhidmatan Champion yang berlangsung di JHotel, Kiulap, hari ini.

    Beliau menyatakan bahawa ukuran kejayaan kempen Isi Selamat, Rasa Selamat (Fill Safe, Feel Safe) bukan hanya terletak di bahu pihak BSM sahaja tetapi ia juga memerlukan penglibatan dan kerjasama semua pihak termasuk pihak pengurusan stesen, Juara Perkhidmatan (Service Champion) sebagai barisan hadapan serta juga orang ramai.

    YB Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Kempen Isi Selamat, Rasa Selamat dan Hari Perkhidmatan Champion yang berlangsung di JHotel, Kiulap, hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...