Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Putin sifatkan keadaan di Gaza sebagai ‘malapetaka kemanusiaan’

    MOSCOW, 26 OKT – Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan situasi di Semenanjung Gaza sebagai ‘malapetaka kemanusiaan’, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Bercakap pada satu mesyuarat di Moscow pada kelmarin, Putin berkata, “orang yang tidak bersalah tidak sepatutnya menjadi mangsa untuk jenayah yang dilakukan oleh orang lain.”

    Putin turut mengulangi pendirian Rusia mengenai penyelesaian dua negara untuk krisis Palestin dan Israel, sambil menegaskan bahawa ia kunci kepada penyelesaian jangka panjang dan asas untuk perdamaian di Asia Barat. 

    “Tugas utama adalah untuk menghentikan pertumpahan darah dan keganasan. Krisis yang lebih serius membawa kepada akibat yang lebih buruk dan sangat berbahaya tidak hanya untuk Asia Barat malah boleh merebak ke rantau lain,” katanya.

    Beliau turut mengutuk cubaan ‘beberapa pihak’ yang memainkan sentimen agama dan negara untuk mewujudkan ketidakstabilan dan kekacauan demi kepentingan mereka. – Bernama

    Vladimir Putin mendengar Timbalan Perdana Menteri Rusia – Menteri Perindustrian dan Perdagangan, Denis Manturov semasa mesyuarat di Kremlin, di Moscow, Rusia, pada 24 Oktober 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...