Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah kes aktif kini 3,043

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Sebanyak 522 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan hari ini, iaitu 521 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan satu kes adalah hasil daripada 381 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 154,133 kes, berdasarkan dashboard Kementerian Kesihatan mengenai Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Terdapat satu kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) dan satu kes dalam kategori 4 yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Sementara itu, sebanyak 315 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 150,865 kes.

    Jumlah kes aktif pula ialah sebanyak 3,043 kes iaitu 14 kes sedang dirawat di hospital manakala 3,029 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

    Kementerian Kesihatan turut mengongsikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama bagi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun iaitu sebanyak 84 peratus dan 68.7 peratus bagi dos kedua.

    Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin kekal sebanyak 71.9 peratus.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda