Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Jumlah kes hampir 400

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Sebanyak 101 dos pertama dan 893 dos kedua telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, yang masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama 82.8 peratus dan 60.9 peratus bagi dos kedua.

    Liputan bagi rakyat dan penduduk negara yang telah mendapatkan tiga dos vaksin pula sebanyak 71.3 peratus.

    Statistik terkini itu dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada sidang media COVID di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    Dalam pada itu, sejumlah 399 kes baharu jangkitan COVID telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 394 kes hasil ujian ART dan lima kes adalah hasil dari 269 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes di negara ini ialah 151,560 kes,” katanya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham semasa mengongsikan perkembangan terkini jangkitan COVID di negara ini, kelmarin. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Dr Ang Swee Hui.

    Beliau bagaimanapun menjelaskan tiada kes dalam kategori 5 manakala tiga kes dalam kategori 4.

    “Sejumlah 226 kes telah disahkan sembuh, menjadikan keseluruhan yang sembuh kepada 148,610 kes. Kes aktif pula sebanyak 2,726 kes iaitu 12 kes sedang dirawat di hospital manakala 2,714 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah Yang Berhormat Dato.

    Walau bagaimanapun, seorang pesakit positif COVID telah meninggal dunia dalam masa 24 jam lalu, namun kematiannya tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID.

    Beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    “Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin,” doanya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...