Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jumlah penonton upacara pembukaan Paris 2024 dikurangkan

    PARIS, 1 FEB – Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin kelmarin berkata bahawa kira-kira 300,000 penonton boleh menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris, kira-kira separuh daripada jumlah yang dirancang pada asalnya.

    Pertunjukan gergasi di Sungai Seine pada 26 Julai akan menandakan kali pertama upacara pembukaan diadakan di luar persekitaran stadium biasa.

    Ia juga akan melibatkan operasi keselamatan besar-besaran, dengan puluhan ribu pegawai polis dan tentera dikerahkan.

    Para atlet akan diarak melalui tengah-tengah ibu kota Perancis dengan menaiki bot di Sungai Seine sepanjang laluan 6 kilometer. Kedua-dua tebing sungai itu akan dipenuhi oleh penonton, di belakang beberapa kawalan keselamatan.

    Bercakap di saluran TV Perancis, France 2, Darmanin berkata rancangan semasa akan membolehkan 100,000 penonton berbayar menikmati pemandangan tepi sungai dan lebih 220,000 orang dengan tiket percuma memenuhi kawasan atas tambak sungai itu.

    Penganjur pada asalnya menganggarkan kira-kira 600,000 penonton boleh menyaksikan upacara itu, tetapi Darmanin tidak memberikan alasan mengapa mereka telah mengubah semula angka tersebut. – AP

    Cincin Olimpik dipasang di plaza Trocadero yang menghadap ke Menara Eiffel, sehari selepas pengumuman rasmi bahawa Sukan Olimpik Musim Panas 2024 akan diadakan di Paris pada 14 September 2017. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...