Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jumlah perdagangan Jun meningkat 4%

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Jumlah perdagangan meningkat sebanyak empat peratus pada bulan Jun 2023 berbanding bulan Mei 2023, menurut Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, dalam kenyataan mengenai Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (IMTS) Jun 2023, yang dikeluarkan hari ini.

    Peningkatan itu disebabkan peningkatan jumlah import sebanyak 37.4 peratus. Manakala, jumlah eksport menurun sebanyak 16.6 peratus.

    Eksport pada bulan Jun 2023 bernilai $899 juta,di mana bahan api galian merupakan penyumbang utama eksport Negara Brunei Darussalam iaitu sebanyak 71.8 peratus; khususnya lain-lain produk petroleum, diikuti bahan kimia (24.9 peratus), dan jentera dan kelengkapan pengangkutan (1.5 peratus).

    Menurut JPES, lima komoditi import utama pada bulan Jun 2023 adalah bahan api galian (65.5 peratus), diikuti jentera dan kelengkapan pengangkutan (11.6 peratus), barang-barang keluaran kilang (8.1 peratus), makanan (7.4 peratus), dan bahan kimia (3.4 peratus).

    Pasaran eksport utama pada bulan Jun 2023 adalah Republik Rakyat China (35.0 peratus), diikuti oleh Australia (23.9 peratus) dan Singapura (16.3 peratus).

    Laporan Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa bagi bulan Jun 2023 boleh didapati melalui laman sesawang JPES di https://deps.mofe.gov.bn. – Gambar serahan JPES

    Selain itu, komoditi eksport terbesar ke negara-negara tersebut adalah bahan kimia dan bahan api galian.

    Sumbangan terbesar rakan dagangan import adalah dari Malaysia (22.3 peratus), diikuti oleh Australia (14.7peratus) dan Kazakhstan (12.1 peratus), dengan bahan api galian sebagai komoditi import terbesar.

    Sebanyak 60.1 peratus import adalah digunakan sebagai barangan perantaraan bagi pemprosesan, diikuti oleh barangan modal (35.3 peratus) bagi operasi perniagaan dan barangan penggunaan (4.6 peratus) bagi kegunaan isi rumah.

    Sebanyak 94.9 peratus jumlah perdagangan dihantar melalui pengangkutan laut. Ini diikuti oleh pengangkutan udara (3.5 peratus) dan melalui darat (1.6 peratus).

    Bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, jumlah perdagangan adalah sebanyak $11,104.9 juta yang terdiri daripada eksport bernilai $6,629.2 juta dan import berjumlah $4,475.7 juta, yang mana mencatatkan jumlah perdagangan yang berlebihan sebanyak $2,153.5 juta.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...