Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel cecah 3,484

    RAMALLAH, 8 FEB – Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel mencecah 3,484 pada akhir Januari termasuk sekurang-kurangnya 40 kanak-kanak dan 11 wanita, menurut Persatuan Tahanan Palestin (PPS) kelmarin.

    PPS dalam satu kenyataan berkata jumlah tahanan menyaksikan peningkatan ketara dan jumlah itu tidak pernah direkodkan pada tahun intifada pertama pada 1987, lapor agensi berita Palestin, WAFA.

    Pihak berkuasa Israel mengeluarkan lebih 3,400 perintah penahanan, termasuk perintah baharu dan yang diperbaharui sejak permulaan pencerobohan ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

    November mencatat kadar tertinggi pengeluaran perintah tahanan iaitu 1,120 perintah dengan menyasarkan semua golongan, termasuk kanak-kanak, wanita, aktivis dan wartawan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...