Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jurulatih harap pemilihan atlet berdasarkan prestasi semasa

    KUALA LUMPUR, 19 Feb – Bekas jaguh jalan kaki Malaysia, R. Mogan yang kini jurulatih jarak sederhana, berharap pemilihan atlet ke Sukan SEA Kemboja 2023 bagi acara trek dan padang, dilakukan berdasarkan kepada prestasi semasa.

    Pemenang pingat emas edisi 1995 di Chiang Mai yang masih memegang rekod kebangsaan 10,000 meter sejak 1997 itu berkata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) perlu memberi peluang kepada atlet yang menyerlah pada kejohanan Trek dan Padang KOM, minggu lepas.

    “Pemilihan atlet mesti berdasarkan kepada pertandingan baru diadakan, bukan mengikut keputusan yang lama kerana mereka mungkin tidak berada dalam situasi terbaik terutama menjelang Sukan SEA Kemboja pada Mei, iaitu beberapa bulan sahaja lagi.

    “Kita tidak mahu KOM memilih atlet yang tidak langsung bertanding tahun ini atau tidak cergas untuk bertanding di Sukan SEA,” katanya.

    Beliau turut berharap anak didiknya, R. Thevan mewakili Negeri Sembilan, yang layak dalam dua acara iaitu 5,000 meter dan 10,000 meter lelaki selepas menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa masing-masing 15 minit 23.30 saat dan 32:01.96 saat diberi peluang mewakili negara ke temasya dwitahunan itu.

    Minggu lepas, R. Daren James Nair dari Selangor memenangi acara 5,000 meter selepas merekodkan 15:19.26 saat manakala wakil Pahang, S. Poo Vasanthan menang acara 10,000 meter dengan 32:01.08 saat.

    Sementara itu, pengerusi jawatankuasa kejurulatihan dan pemilihan, Datuk Wira Mark Ling berkata senarai pendek atlet olahraga telah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) minggu lepas, namun belum mendapat kelulusan.

    Beliau berkata senarai itu akan dimuktamadkan pada awal Mac, sebelum diserahkan kepada tuan rumah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...