Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jururawat, bidan perlu ikut trend teknologi

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan dari tahun ke tahun kian pesat berkembang dengan kecenderungan penggunaan IT dan Internet.

    Sehubungan itu, jururawat dan bidan perlu sentiasa up-to-date mengikut trend teknologi perubatan terkini bagi mencapai harapan klien yang semakin meningkat.

    Perkara ini ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa berucap pada majlis Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, di Brunei, semakin ramai jururawat dan bidan mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih tinggi dari sebelum ini seperti di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana mahupun ke peringkat Doktor Falsafah.

    Di samping kompeten dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan teknologi, jururawat dan bidan di negara ini juga diharap untuk perlu prihatin kepada nilai-nilai sosial, naluri kemanusiaan dan etika kejururawatan perlulah dikekalkan pada setiap masa.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan beramah mesra bersama warga kementerian di salah satu petak semasa Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa serta Hari Raya Aidilfitri di Dewan Al-Afiah, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menyampaikan ucapan.

    Beliau seterusnya menjelaskan, profesion jururawat dan bidan adalah profesion mulia yang memerlukan kesabaran dan dedikasi yang tinggi serta sentiasa mewujudkan sikap mementingkan kerja di atas diri sendiri.

    “Profesion ini juga telah banyak berkembang, daripada memberi perkhidmatan bedside nursing care kepada jenis tugas-tugas yang lebih kepada highly technical dan advanced,” tambahnya.

    Yang Berhormat Dato turut berharap, dalam menerapkan keselamatan pesakit di setiap perlaksanaan penjagaan dan perawatan kepada pesakit.

    “Ini selaras dengan dasar-dasar yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan akan mampu mengorak langkah lebih jauh ke arah penyediaan jururawat dan bidan Pakar di masa akan datang bagi menangani cabaran kesihatan dan perawatan di masa hadapan,” tambah beliau.

    Pada tahun ini, tema Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa adalah Our Nurses, Our Future yang mana ia adalah kempen yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi kesiapsiagaan jururawat pada masa akan datang dalam menangani pelbagai cabaran kesihatan global dan meningkatkan kesihatan global untuk semua.

    Tema itu juga menunjukkan bahawa profesion jururawat dan bidan dalam penjagaan kesihatan adalah sangat penting yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda