Sejak kebelakangan ini ramai bimbangkan tentang keadaan penyanyi Justin Bieber yang menunjukkan tanda-tanda tidak stabil termasuk mengalami perubahan fizikal ketara.
Terbaharu, Justin tampil tidak berpakaian dan mempamerkan sikap aneh yang mencetuskan lebih banyak spekulasi mengenai keadaannya.
Menerusi video yang tular, Justin, 30, dilihat menari tanpa berpakaian bersama rakannya iaitu Eddie Benjamin sambil memegang bungkusan makanan ringan.
Lebih menarik perhatian apabila penyanyi lagu Baby itu merapu sepanjang video selain matanya kelihatan kuyu.
“Saya suka lelaki terbang! Saya terbang tinggi seperti murai, saya pergi tinggi seperti saya lelaki itu,” katanya.
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya berpendapat khabar angin Justin mengambil bahan terlarang adalah benar.
Katanya ekspresi mata Justin sama seperti penyanyi lain yang berada di bawah pengaruh dadah.
“Tak rasa dia dalam keadaan baik, ekspresi matanya sama seperti Britney.
“Dia bukan penat tapi penagih ketamin. Hidung dia pun berair,” antara komen warganet.
Sebelum ini, Justin menafikan dirinya mengambil bahan terlarang selepas penampilannya yang tidak terurus menjadi perhatian.
Dia sebaliknya menjelaskan penampilan tersebut berpunca disebabkan tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya iaitu Jack Blues yang berusia enam bulan. – Agensi
