Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kad Alpha mudahkan pelanggan buat pembayaran

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Ekspo Brunei Mobiliti Pintar 2023 kini dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula hari ini hingga 10 Disember di Dewan BRIDEX 1 dan 2.
    Semasa berlangsungnya ekspo tersebut, para pengunjung berpeluang berinteraksi dengan peserta-peserta ekspo yang mengongsikan dan mempamerkan teknologi dan produk terbaharu masing-masing.

    Sementara itu, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) juga tidak ketinggalan memperkenalkan produk terbaharu di petak pameran mereka semasa ekspo itu.

    Semasa temu bual wartawan bersama jurucakap BSM Innovation Lead dan Sonia Kaur-Business Developer, Zaim Ismail di Petak Pameran BSM Go Cashless, beliau berkesempatan untuk mengongsikan ciri-ciri dan produk terbaharu BSM.

    Beliau menjelaskan, inisiatif petak pameran itu adalah untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai produk inovasi baharu di mana ia membolehkan mereka untuk membuat pembayaran tanpa tunai.

    Produk baharu yang diperkenalkan ialah Kad Alpha iaitu kad prabayar tanpa tunai dan aplikasi b.smart. Kad tersebut akan memberikan kemudahan kepada orang ramai menggunakannya di stesen-stesen minyak di negara ini.

    Kad prabayar tanpa tunai ini boleh ditambah nilai di kaunter stesen minyak atau menggunakan aplikasi pintar untuk menambah nilai.

    “Walaupun produk baharu BSM ini masih dalam peringkat percubaan sehingga tahun 2024, pengunjung ekspo dialu-alukan membuat pendaftaran di petak pameran BSM dan mereka yang tersenarai pendek akan menyertai dalam percubaan penggunaan Kad Alpha ini,” jelas Zaim Ismail.

    Manakala b.smart juga merupakan aplikasi mudah alih untuk pelanggan mendapatkan maklumat stesen runcit, contohnya mereka boleh menyemak di mana stesen minyak terdekat, melihat harga V-Power, mendapatkan promosi atau pengumuman terkini serta memperoleh poin kesetiaan dan Kad Alpha juga boleh digunakan di Shell Cafe dan Kedai Singgah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bergambar dengan Kad Alpha.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...