Tuesday, April 29, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadar inflasi di Venezuela bertambah runcing

    WASHINGTON, 24 Julai – Di tengah-tengah krisis kewangan dan kemanusiaan di Venezuela, negara itu bakal menyaksikan inflasi melampau mencapai perkadaran epik iaitu sebanyak 1,000,000 peratus setahun menjelang hujung tahun ini, menurut Tabung Mata wang Antarabangsa (IMF), semalam.

    Kejatuhan ekonomi Venezuela akan membabitkan negara-negara berdekatan, menurut IMF dalam kemas kini pandangan serantau bagi Amerika Latin.

    “Kami meramalkan pertumbuhan inflasi kepada 1,000,000 peratus menjelang hujung 2018 untuk membayangkan bahawa situasi di Venezuela adalah serupa di Jerman pada tahun 1923 atau Zimbabwe pada lewat tahun 2000,” kata ketua Jabatan Hemisfera Barat IMF Alejandro Werner.

    Bagaimana pun anggaran itu ‘mempunyai tahap ketidakpastian yang lebih tinggi’ berbanding kebanyakan ramalan inflasi, katanya kepada pemberita. Kekal, sama ada kadar berakhir pada 1.2 juta atau 800,000 peratus ‘penjejasan harga sebagai mekanisme menguntukkan sumber telah pun berlaku.”

    Gambar fail bertarikh 7 Februari 2018 menunjukkan seorang wanita memegang sejumlah wang untuk digunakan bagi membayar tambang bas di Caracas, Venezuela. IMF kelmarin meramalkan inflasi di negara itu akan meningkat kepada sejuta peratus tahun ini. – AP

    Ekonomi Venezuela dijangka mengecut 18 peratus tahun ini, penurunan dua digit tiga tahun berturut-turut dan tiga mata lebih teruk dari yang diramalkan pada Mei lalu, di tengah-tengah pengurangan penghasilan minyak, katanya dalam satu kenyataan.

    Itu akan bermakna negara tersebut, yang menyaksikan penduduknya melarikan diri daripada krisis, manakala mereka yang tinggal semakin berdepan dengan penyakit, kekurangan bekalan ubat dan penyusutan berat badan akibat kekurangan makanan, akan mengecut dengan 50 peratus dalam tempoh beberapa tahun, sekali dari beberapa tempoh yang berlaku dalam separuh abad lalu atau lebih.

    Dia merujuk kepada ‘gangguan’ ekonomi dalam dasar-dasar Venezuela, termasuklah mencetak wang untuk membiayai kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda