TOKYO, 2 OKT – Kadar pengangguran Jepun meningkat kepada 3 peratus pada Ogos, yang tertinggi sejak pertengahan 2017 berdasarkan data rasmi hari ini, menggambarkan impak pandemik COVID-19 terhadap pasaran buruh yang ketat di negara itu.
Berdasarkan data Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, kadar itu yang menyaksikan peningkatan 0.1 peratus berbanding Julai, yang pertama dicatatkan sejak Mei 2017 yang merekodkan peningkatan tiga peratus atau lebih ketika itu.
Data berasingan yang dikumpulkan Kementerian Sumber Manusia menunjukkan hanya ada 104 peluang pekerjaan bagi setiap 100 individu yang mencari kerja pada Ogos, bertambah buruk berbanding 108 bagi 100 individu pada bulan sebelumnya.
Jepun juga sedang bergelut dengan kesan bencana alam dan peningkatan cukai pengguna, sebelum pandemik melumpuhkan ekonomi global.
Ketika pandemik mula melanda, Jepun tidak melaksanakan perintah berkurung mandatori, sebaliknya kerajaan meminta orang ramai kekal di rumah, yang rata-ratanya tidak diendahkan.
Ia bertambah buruk dengan penutupan sempadan negara, serta penyusutan pelancongan dan perbelanjaan pengguna, dengan industri itu antara yang paling teruk terkesan.
Pasaran buruh Jepun juga menguncup dengan majikan berdepan kesukaran mencari pekerja, manakala penduduk dalam lingkungan usia bekerja juga semakin mengecil. – AFP