Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadar purata kes COVID tunjuk penurunan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam terus menunjukkan penurunan iaitu 88 kes sehari, berbanding kadar pada minggu sebelumnya iaitu 108 kes sehari.

    “Sebanyak 29,869 keputusan ujian ART telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 2 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif,” jelas Men-teri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media COVID-19 Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Manakala itu, tidak ada kes di dalam kategori 5 dan kategori 4 yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) dan memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi,” kata Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Menurutnya lagi, sehingga kelmarin (12 Februari), kadar liputan vaksinasi COVID di negara ini kekal di tahap yang tinggi dengan 79.1 peratus penduduk telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 11.9 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham seterusnya menjelaskan sebanyak 82 kes baharu dilaporkan hari ini.

    “Semuanya adalah daripada hasil ujian ART dan tidak ada kes dikesan menerusi ujian-ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu,” katanya.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa terpelihara daripada segala bencana dan wabak penyakit serta berada di dalam perlindungan Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa sidang media COVID di Kementerian Kesihatan, kelmarin. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda