Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadar vaksinasi Brunei hampir 95%

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Kadar vaksinasi Negara Brunei Darussalam bagi satu dos vaksin menghampiri 95 peratus apabila sebanyak 94.8 peratus vaksinasi satu dos dicatatkan, manakala bagi dos lengkap ialah 93.9 peratus dan dos penggalak pula 37.8 peratus setakat kelmarin (24 Januari).

    Manakala itu, kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini pula ialah sebanyak 31 kes, dengan 16 adalah kes tempatan dan 15 lagi kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 16,179 orang.

    Statistik itu berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan mengenai jangkitan COVID-19 di negara ini. Menurut kenyataan itu lagi, kes baharu itu adalah hasil daripada 3,123 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.0 peratus.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes yang berada dalam Kategori 4 dan Kategori 5. Sebanyak 18 kes disahkan sembuh, membawa jumlah keseluruhan yang sembuh kepada 15,700 orang manakala kes aktif sebanyak 377. Bagi kadar penggunaan katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate pula ialah sebanyak 9.7 peratus.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda