Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kafe Bug tawar pelbagai hidangan berasaskan serangga

    Popia semut, kroket ubi ulat sutera dan ‘Bug Mac’ – Restoran serangga pertama di Kemboja menawarkan hidangan eksotik dengan memasukkan serangga yang agak menggelikan.

    Di restoran yang dinamakan sebagai Kafe Bugs terletak di pekan pelancongan Siem Reap, kelihatan Cef Seiha Soeun berdiri di tepi periuk yang panas di dapur dan memasukkan cengkerang, belalang, tarantula dan kala jengking dalam periuk itu.

    Dijual oleh peniaga jalanan atau di tempat-tempat pelancongan mesra Instagram, serangga bukanlah sesuatu yang baharu bagi kebanyakan penduduk Kemboja.

    Tetapi serangga lazimnya akan dihidangkan dengan satu cara iaitu digoreng, cecah dengan sos tertentu berserta dengan minuman sejuk yang segar.

    “Kami mempunyai menu yang berbeza,” kata Seiha, sambil menambah bahawa dia juga turut mempraktikkan untuk membuat ‘Bug Mac’ – hidangan yang merangkumi semut, lebah, ulat sutera dan belalang serta dihiasi dengan keju dan jeruk – dibuat berkali-kali sehingga ia menepati cita rasa.

    Restoran serangga pertama di Kemboja menawarkan hidangan eksotik dengan memasukkan serangga yang menggelikan. – AFP
    Serangga lazimnya akan dihidangkan dengan satu cara iaitu digoreng, cecah dengan sos tertentu berserta dengan minuman sejuk yang segar. – AFP

    Pada satu hari di restoran berkenaan baru-baru ini, pengasas bersama Perancis, Davy Blouzard menyambut tetamu yang ingin tahu dan kemudian menjelaskan menu-menu tersebut. “Kami mahu menunjukkan bahawa serangga juga boleh dimakan dan menjadi makanan yang berkualiti,” katanya.

    Terdapat juga krim ubi jalar bersama dengan larva lebah, ulat sutera dan flambe mangga serta pencuci mulut dari keju belalang. Serangga dimakan oleh dua bilion penduduk di seluruh dunia, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB.

    Selain menjadi sumber protein yang murah, masakan serangga juga merupakan jawapan kepada kebimbangan terhadap kesan alam sekitar terhadap ternakan petani. Apabila tempahan makan malam diambil, pelancong dari jauh seperti Britain, Poland dan Malaysia akan gembira – jika makhluk yang kecil itu – merangkak dan berjalan jauh.

    Pelayan di restoran berkenaan memakai pakaian yang tertera perkataan ‘I Hate Insects’ namun huruf H ditandai dengan pangkah.

    Pelancong dari British, Joshua Bean, 23, berkata bahawa dia mendapat tahu mengenai kafe tersebut setelah melihat iklan mengenai restoran luar biasa di asrama Kemboja.

    Dia tidak takut dengan cacing sutera yang berair dan pelbagai jenis serangga yang lain di atas pinggannya.

    “Ini bukan satu perkara yang anda dapat bawa balik ke rumah,” katanya kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda